fbpx

Peniaga kerugian RM213,700 terpedaya iklan pinjaman di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAIPING – Seorang ahli perniagaan wanita ditipu sindiket pemberi pinjam wang berlesen yang tidak wujud menyebabkan dia kerugiaan RM213,700 baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, hasil siasatan awal pihak polis mendapati, mangsa yang berusia 51 tahun telah melihat satu iklan pinjaman wang di Instagram penama Kelvin Loan Sales Consultant (Ambank).

“Mangsa berhasrat membuat pinjaman sebanyak RM70,000 dan menghubungi nombor talian diiklankan.  Dia berurusan dengan seorang lelaki dengan nama Thong Ji Sing yang meminta mangsa membuat beberapa transaksi pembayaran sebagai wang proses bagi mendapatkan pinjaman itu,” katanya hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, bermula dari 1 hingga 16 September lalu, mangsa telah melakukan sebanyak 25 transaksi pembayaran kepada 16 akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan RM100,020 sebagaimana diarahkan suspek.

“Selain itu juga, mangsa turut melihat iklan pinjaman yang kedua di Instagram daripada Syarikat Desmond Lai Pentagon Credit dan ingin buat pinjaman sebanyak RM60,000.

“Dia (mangsa) telah membuat urusan dengan suspek kedua yang turut meminta wang proses serta bayaran perkhidmatan dan telah melakukan transaksi sebanyak 24 kali ke 14 akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan RM113,680,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI