fbpx

Premis judi lindung di sebalik kedai telekomunikasi, kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHMAT (tengah) melihat anggota TNB sedang melakukan kerja pemotongan bekalan elektrik di sebuah premis perjudian yang berselindung di sebalik pasar raya mini di Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Premis perjudian di kawasan ini dikesan berselindung di sebalik perniagaan lain seperti kedai telekomunikasi dan tambah nilai, kedai runcit dan pasar raya mini bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan premis yang beroperasi antara enam dan lapan bulan itu tidak bertahan lama apabila diserbu pihak berkuasa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Rahmat Ariffin berkata, sebanyak 11 premis diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 menerusi ‘Op Pemotongan Elektrik’.

“Sejak Januari hingga bulan lalu, sebanyak 18 premis telah dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik.

“Selain itu, sebanyak 92 serbuan telah dilaksanakan dan 94 individu ditangkap dipercayai terlibat dalam perjudian loteri awam tanpa lesen membabitkan rampasan berjumlah RM11,375.

“Polis turut membuat 50 serbuan berhubung aktiviti judi online dengan membuat 73 tangkapan membabitkan nilai rampasan berjumlah RM16,582,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, pengusaha premis perjudian adalah individu berbeza, namun pihaknya yakin penganjur adalah sindiket sama serta mereka sering bertukar lokasi.

Pada tahun ini setakat bulan lalu seramai 68 pekerja premis judi berusia 18 hingga 30 tahun telah didakwa di mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI