fbpx

10,000 pengunjung dijangka meriahkan program Sepang Berselawat Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPS akan menganjurkan pelbagai acara di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya sempena penganjuran Sambutan Maulidul Rasul pada Sabtu ini.

PUTRAJAYA – Lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sepang 2023 pada Sabtu ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, acara utama sambutan itu ialah Program Selawat Perdana Sepang Berselawat’ yang akan diadakan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Katanya, program dengan kerjasama pihak masjid dan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang itu merupakan tahun kelima penganjuran sejak diperkenalkan pada 2019.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan bersekali dengan Karnival Masjid antaranya Tea Talk bersama Ustazah Da’i Nur Hidayu, Perarakan Maulidur Rasul dan jemputan khas pengacara majlis oleh Amin Idris.

“Turut diserikan persembahan nasyid daripada kumpulan Inteam selain penampilan istimewa pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre serta qasidah dan alunan selawat kumpulan Mahabbah D’Itqan,” katanyadi sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI