fbpx

8 lelaki ditahan merusuh ‘towing’ kereta kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian rusuhan di Kampung Malaysia Tambahan, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seramai lapan lelaki berhubung kes melakukan rusuhan bersenjata melibatkan penundaan sebuah kereta yang terbabit kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 1.37 pagi.

Kejadian berpunca daripada kes kemalangan melibatkan sebuah kereta dan pergaduhan antara dua pihak untuk menunda (towing) kenderaan terbabit.

“Bertindak atas maklumat, polis membuat tangkapan ke atas lapan lelaki tempatan berusia 22 hingga 44 tahun disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan tersebut.

“Usaha masih diteruskan untuk mengesan individu yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, beberapa klip video tular di media sosial memaparkan satu kejadian rusuhan yang berlaku di tepi sebuah lebuh raya.

Berdasarkan klip video itu, segelintir individu dilihat menyerang beberapa kenderaan dengan menggunakan topi keledar dan batu sebelum meninggalkan lokasi selepas kehadiran pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI