fbpx

Kerajaan lulus 19 permohonan kewarganegaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tiga, kiri) menyerahkan surat keputusan permohonan kewarganegaraan kepada salah seorang penerima hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 permohonan kewarganegaraan diluluskan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebahagian besar daripada kelulusan yang diberi mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, penganugerahan kewarganegaraan Malaysia kepada individu bertaraf bukan warganegara merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif yang tidak diberikan dengan sewenang-wenangnya.

“Pada hari ini kita adakan penyerahan surat keputusan permohonan kewarganegaraan kepada 19 orang pemohon.

“Sehingga September ini, sebanyak 9,539 permohonan telah dibuat keputusan yang akan melalui proses tapisan,” katanya pada sidang akhbar Program KDN Madani di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak di sini, hari ini.

Kata Saifuddin, pihaknya komited untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 10,000 permohonan menjelang akhir tahun ini yang akan dipertimbangkan secara adil dan saksama.

Tambahnya, pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perkara Kewarganegaraan juga akan dibentangkan di Parlimen pada bulan ini.

“Proses membawa pindaan Perlembagaan Persekutuan khususnya mengenai warganegara Bahagian III berjalan mengikut jadual dan sesi libat urus dengan pemegang taruh masih berjalan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI