fbpx

Apabila cakap mesti buat, bukan sebaliknya – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid berucap pada perjumpaan khas bersama kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – “Apabila kita bercakap (mengenai parti lain), itu yang kita (sepatutnya) lakukan, bukannya melakukan perkara sebaliknya,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung keputusan Pas yang tidak mempertandingkan lima jawatan utamanya pada pemilihan parti, bulan depan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau secara peribadi tidak mahu mencampuri soal terkait pemilihan parti lain.

Menurutnya, UMNO tidak melakukan perkara seumpama itu malah, amat terbuka apabila ada pemilihan dalam parti.

“Apabila kita bawa resolusi (tiada pemilihan parti), ia akan dibawa di Perhimpunan Agung UMNO terlebih dahulu. Tetapi parti berkenaan tidak melakukan sebegitu.

“Sebaliknya ia dilakukan ikut satu perintah daripada pemimpin utamanya. Itu pun mereka masih katakan mereka telah membuat pendekatan yang cukup islamik,” katanya ketika ditemui selepas program Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya, di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

Menurutnya, lima jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengambil alih teraju kepimpinan Pas daripada mantan presiden Allahyarham Datuk Dr Fadzil Noor pada 2002, sekali gus menjadi pemimpin nombor satu paling lama menyandang jawatan berkenaan.

Malah, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula memegang jawatan Timbalan Presiden Pas sejak 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI