fbpx

Tajuddin nafi terlibat isu PAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin

PASIR SALAK – Bekas Pengerusi Felcra, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menafikan dirinya terlibat berhubung isu Felcra Bhd. yang dilaporkan dalam LKAN 2021 Siri 2: Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.

Tajuddin berkata, perkara berkenaan termasuk wujudnya tunggakan hutang kepada kerajaan Persekutuan berlaku bukan dalam tempoh penjawatannya sebagai pengerusi..

“Saya sudah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan bersedia jika dipanggil lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Penyerahan Bantuan Beras Anjuran Pasir Salak Bangkit 2023 di sini hari ini.

Menurut Tajudin, sewaktu prosiding memberi keterangan kepada PAC, beliau ditanya mengenai projek pembangunan hartanah bercampur di atas tanah milik Felcra Berhad di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dimulakan pada 2018.

Katanya, cadangan dan idea projek itu memang dibuat dalam tempoh beliau menjadi pengerusi, namun pelaksanaannya diluluskan semasa Bung Moktar mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Felcra Berhad.

“Saya tidak terlibat menjual, melantik kontraktor termasuk membayar kontraktor dalam projek terbabit. Datuk Seri Bung Moktar Radin banyak memberi penjelasan berkaitan isu ini kepada PAC. Saya tidak campur walaupun idea saya tetapi tidak dilaksanakan lagi,” katanya.

Katanya, beliau sangat berhati-hati dengan projek berkenaan kerana melibatkan ratusan juta.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu dilantik sebagai Pengerusi Felcra Berhad pada 2008 hingga 2013, jawatan itu kemudiannya diambil alih Bung Moktar.

Terdahulu, media melaporkan, PAC mendengar keterangan daripada dua bekas Pengerusi Felcra Bhd. iaitu Tajuddin dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 18 September lalu.

Semakan audit Jabatan Audit mendapati Felcra mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI