fbpx

Kerajaan komited martabat peranan Tabung Haji – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 Tabung Haji hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan Perpaduan akan terus mengangkat dan memartabatkan peranan Tabung Haji agar terus diyakini sebagai institusi umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Tabung Haji bukan sahaja memberi manfaat ekonomi, namun lebih penting keberkatan dalam pengabdian kepada Allah SWT.

“Penubuhan Lembaga Tabung Haji yang diilhamkan Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid adalah satu keperluan ketika itu untuk memperkasa kekuatan ekonomi umat Islam selain melaksanakan pengurusan Haji.

“Walaupun memfokuskan fungsi pengurusan ibadah haji dan ekonomi, Tabung Haji masih tertakluk kepada tatakelola, pengurusan yang cekap, amanah dan penuh integriti,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, beliau berkongsi perancangan kerajaan bagi mengembalikan semula aset yang berada dalam pegangan Kementerian Kewangan kepada Tabung Haji.

“Selain itu, Akta Tabung Haji juga sedang disemak agar dapat diterapkan konsep Maqasid Syariah selari dengan perubahan zaman.

“Saya juga singgung kesan ibadah Haji yang mempunyai dampak besar kepada usaha meniupkan semangat dan roh perjuangan umat Islam,” jelasnya.

Selain itu, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Tabung Haji atas sambutan Ulangtahun ke-60 tahun.

“Syabas atas kejayaan cemerlang selama enam dekad mengurus kebajikan Jemaah Haji Malaysia dan membantu dalam menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negara,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI