fbpx

Johor mahu projek HSA2 disenarai dalam Bajet 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Soon mencuba peralatan kecergasan sempena Majlis Perasmian Wellness Month Peringkat Negeri Johor di Wellness Hub, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru hari ini Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor berharap pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) dapat disenaraikan dalam Bajet 2024 yang bakal dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, HSA2 adalah antara projek fokus yang diberi keutamaan kerajaan negeri demi kesejahteraan rakyat, khususnya di selatan Johor.

Menurut beliau, Kementerian Pertahanan (Mindef) telah bersetuju untuk memberi tanah berkeluasan 28 hektar (70 ekar) kepada Kementerian Kesihatan (KKM) demi tujuan berkenaan.

“Keseluruhan tanah Mindef di Skudai itu berkeluasan 200 hektar (500 ekar). Mereka telah setuju beri sebahagian (28 hektar) untuk pembinaan sebuah hospital baharu di situ. Persetujuan itu dicapai dalam sesi lawatan ke tapak projek, bulan lalu.

“Jadi saya berharap pembinaan projek itu akan dimasukkan dalam Bajet 2024 nanti. Sekarang ia dalam peringkat perancangan KKM, sekiranya lancar ia akan dibawa ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Wellness Month Peringkat Negeri Johor 2023 di Wellness Hub HSA, di sini hari ini.

Sementara itu, Tian Soon turut memberitahu, pihaknya berharap pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat di HSA akan turut disegerakan bagi mengatasi masalah kesesakan yang berlaku setiap hari di hospital berkenaan.

“Sebelum ini, Perdana Menteri telah umumkan peruntukan RM500 juta untuk menaik taraf perkhidmatan di HSA termasuk tempat letak kenderaan bertingkat. Jadi saya harap pembinaan itu dapat disegerakan.

“Selain itu, projek pembinaan hospital baharu di Pasir Gudang pula berjalan dengan lancar dan mendahului jadual pembinaannya. Saya akan lawat projek itu pada bulan Disember ini dan berikan maklumat lebih lengkap,” ujarnya sambil memberitahu projek itu dijadualkan siap pada hujung tahun depan,” jelasnya.

Berhubung program tersebut, Tian Soon memberitahu, semua hospital awam di negeri Johor telah melaksanakan sambutan Wellness Month di peringkat daerah masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI