fbpx

15 rumah kedai terbakar di Kampung Sungai Korok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran di Kampung Sungai Korok, Jitra awal pagi tadi.

JITRA – Kira-kira 15 unit rumah kedai musnah dijilat api dalam kejadian di Kampung Sungai Korok, di sini awal pagi ini.

Kebakaran pada pukul 1.20 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Menurut pemilik kedai runcit, Mohd. Akram Mohd. Johari, 31, dia dimaklumkan tentang kejadian itu oleh penduduk yang datang ke rumahnya.

“Saya segera ke lokasi, namun kedai sudah musnah terbakar. Semua barang niaga terbakar dan jumlah kerugian belum dapat diketahui,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kebanyakan rumah kedai di situ merupakan kediaman, namun semua penduduk sempat lari menyelamatkan diri.

Sementara itu, Pegawai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Bustan Karudin memberitahu, kebakaran melibatkan 15 unit kedai dan tindakan memadam api dilakukan menggunakan lapan aliran dan 12 pancutan dari jentera dengan sumber air dari Sungai Korok.

“Api dapat dikawal pada pukul 3.20 pagi. Anggaran kemusnahan adalah 70 peratus bagi keseluruhan kawasan,” katanya yang memberitahu nilai kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI