fbpx

Rumah dipenuhi barang terbuang, wanita sanggup tidur di koridor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut sanggup tidur di koridor unit apartmennya dengan beralaskan kadbod. – Mothership

SINGAPURA – Seorang warga emas di Woodlands, Singapura sanggup tidur di koridor unit apartmennya dengan beralaskan kadbod kerana rumahnya dipenuhi barang-barang  terbuang, lapor portal berita Mothership hari ini.

Wanita yang tinggal di blok pangsapuri 603 Woodlands Drive itu dikatakan bertindak demikian selama lebih 10 tahun lalu.

Menurut jiran-jiran, wanita tersebut tinggal bersendirian di pangsapuri itu dan sering diziarahi oleh saudara lelakinya.

Meskipun berkali-kali ditegah daripada  berbuat demikian, dia tetap meneruskan aktivitinya.

Rumah wanita itu berada dalam keadaan bersepah sehinggakan pintu pagar besi tidak dapat ditutup, lapor akhbar Shin Min Daily News.

Menurut wanita berkenaan, dia mengumpul barang-barang itu dari tingkat bawah dan berhasrat untuk menjualnya. Ia termasuk pinggan mangkuk plastik, beg pakaian, kadbod, botol plastik dan buah-buahan.

Keadaan itu mengganggu jiran-jirannya yang berdepan pelbagai kesukaran termasuk menghalang laluan orang ramai serta menarik pelbagai haiwan perosak seperti tikus dan lipas.

Tidak dinyatakan sama ada pihak berkuasa ada mengambil sebarang tindakan terhadap warga emas tersebut. – AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI