fbpx

Hyundai, Kia panggil semula lebih 3 juta kereta di Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMBINASI gambar pada 2 April 2019 menunjukkan logo Hyundai dan Kia. – AFP

WASHINGTON – Pengilang kereta Korea Selatan,  Hyundai dan Kia mengeluarkan arahan penarikan semula 3.3 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS)  kerana risiko kenderaan terbakar secara tiba-tiba, kata pihak berkuasa kelmarin.

“Sehingga semua kenderaan yang dipanggil semula ini dibaiki, tempat selamat adalah meletakkan kenderaan anda di luar,  jauh dari kediaman dan struktur lain.

“Kebakaran boleh berlaku sama ada kenderaan ini diparkir dan enjinnya dimatikan,  atau semasa memandu,” kata Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) dalam satu kenyataan.

Kenderaan dipanggil semula itu termasuk 1.64 juta daripada Hyundai dan Genesis,  melibatkan keluaran tahun 2010 hingga 2015 dan 1.73 juta kereta Kia dari 2010 hingga 2017.

“Masalah berpunca daripada kerosakan sistem brek anti kunci (ABS) yang boleh bocor dan mengalirkan cecair brek, menyebabkan litar pintas dan seterusnya kebakaran,” kata NHTSA.

“Hyundai merancang memaklumkan pengguna supaya membawa kenderaan mereka ke pengedar terdekat untuk menggantikan fius modul ABS,  manakala Kia masih mencari jalan penyelesaian,” tambah agensi sama.

Kedua-dua syarikat terbabit tidak menerima laporan mengenai sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian akibat masalah tersebut.

Hyundai merekodkan 21 kebakaran kenderaan keluarannya berkaitan masalah sama  di AS di samping 22 insiden ‘termal’ termasuk asap, komponen mencair  atau terbakar. 

Kia pula merekodkan satu kebakaran kompartmen enjin dan enam komponen mencair. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI