fbpx

Tikam Darvnrajh 18 kali, tiga rakan berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA rakan Darvnrajh berdepan hukuman mati selepas dihadapkan dengan pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret, Alor Gajah, Melaka, hari ini.- foto oleh SYAFEEQ AHMAD

ALOR GAJAH – Tiga pemuda berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan mereka, R. Darvnrajh yang dilaporan hilang di Tampin, Negeri Sembilan pada 10 September lalu.

Tertuduh A.A Dinesh; R.C Veeraganeish dan V. Sasikumar yang masing-masing berusia 25 tahun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana pertuduhan membunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa mencapai niat bersama telah melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian terhadap R. Darvnrajh, 24.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 5.24 pagi hingga pukul 9 pagi di tepi jalan berdekatan kebun kelapa sawit Kemuning, Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah pada 10 September 2023.

Sabit kesalahan, kesemua tertuduh berdepan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, tanda tanya kehilangan seorang pemuda, R. Darvnrajh, yang tidak pulang ke rumahnya di Tampin terungkai dengan penemuan mayat dipercayai mangsa di dalam semak di kawasan di Kemuning pada 16 September lalu.

Hasil laporan bedah siasat mendapati mayat si mati mempunyai kesan tikaman sebanyak dua kali di leher, di dada (6), kaki kanan (4), tangan kiri (2), kaki kiri (3) dan satu di tangan kanan.

Selain itu, tulang kepala si mati juga retak pada bahagian sebelah kiri, dua tulang leher patah, tulang lengan tangan kanan patah, tulang lutut dan kaki patah, tulang rahang retak pada beberapa bahagian dan tiga kesan luka pada jantung.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI