fbpx

‘Doktor gigi’ tidak berdaftar diperintah berkelakuan baik selama 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini melepaskan seorang wanita dengan bon ikat jamin berkelakuan baik selama enam tahun atas dua kesalahan iaitu menjalankan amalan pergigian dan mengendalikan klinik swasta tidak berdaftar, dua tahun lalu.

Hakim Norina Zainol Abidin memerintahkan Bunga Melur Alisya Ahmad, 23, selaku Orang Kena Saman (OKS) dilepaskan dengan bon jaminan RM10,000 tanpa cagaran dengan dua penjamin bagi setiap pertuduhan selepas mengaku bersalah atas kedua-duanya.

Ketika memutuskan demikian pada 21 Februari lalu, mahkamah mengambil kira hujah pendakwaan, pengakuan bersalah dan faktor-faktor mitigasi iaitu pesalah pertama, latar belakang dan usia muda, keadaan kesihatan dan faktor kesempitan hidup OKS.

“Mahkamah berpendapat, kesalahan yang dilakukan OKS tidak serius, oleh yang demikian perintah bon jaminan berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) boleh diguna pakai. Hukuman yang dikenakan berpadanan, munasabah dan tidak melampau.

“Pada pandangan saya, bon jaminan berkelakuan baik lebih berat berbanding hukuman denda kerana sesetengah pesalah mampu membayarnya (denda) namun tidak meninggalkan sebarang kesan,” ujar hakim berkenaan dalam penghakiman bertulisnya bertarikh 24 April lalu yang diperolehi dari laman web mahkamah hari ini.

Wanita itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan kira-kira pukul 12.10 tengah hari, 6 Disember 2022 di sebuah premis kediaman di Taman Danau Kota, Setapak di sini. Tarikh kejadian merupakan tarikh hari ulang tahun kelahirannya yang ke-21.

Antara rayuan OKS mendakwa menawarkan khidmat pemasangan pendakap gigi kerana terpengaruh dengan rakan sebaya namun, dia tidak melakukan khidmat pergigian lain seperti mencabut gigi.

OKS turut menghidap ‘henoch schonlein purpura’ sejak 2018 iaitu keradangan pada kulit yang melemahkah otot dan sendi dan perlu mengambil ubat dalam jumlah yang banyak.

Bagaimanapun pihak pendakwaan berhujah agar OKS dikenakan hukuman berbentuk pengajaran dengan mempertimbang bahawa perbuatannya menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI