fbpx

[VIDEO] Pemandu, kelindan lori terkejut lihat harimau berkeliaran tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor harimau belang yang bekeliaran di kawasan bukit Meranto, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN CHE FITI ZULHILMI CHE LEH

GUA MUSANG – Seorang pemandu bersama kelindan lori ais terkejut melihat seekor harimau belang berkeliaran di jalan dekat kawasan bukit di Meranto di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, pemandu lori, Che Fiti Zulhilmi Che Leh, 22, sempat merakam pergerakan haiwan liar tersebut yang berjalan di kawasan berkenaan.

Che Fiti Zulhilmi berkata, semasa kejadian dia bersama kelindan, Mohd. Amir Saari, 25, dalam perjalanan pulang dari arah Jeli menuju ke Gua Musang.

“Kejadian itu merupakan kali kedua mereka terserempak dengan pak belang di lokasi yang sama. Harimau tersebut kemudiannya melompat besi penghadang jalan dan masuk ke dalam semak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Che Fiti Zulhilmi memberitahu, dia berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menangkap segera harimau belang itu.

Katanya, sekiranya tiada tindakan segera, berkemungkinan besar haiwan liar itu boleh menggangu pengguna jalan raya sekali gus mengundang risiko kemalangan.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya telah menerima aduan berkaitan kejadian yang berlaku semalam dan pihaknya sudah ke tempat kejadian serta menjalankan siasatan lanjut.

Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan kelibat seekor harimau belang berkeliaran di jalan bukit dekat Meranto di sini semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI