fbpx

Mangsa banjir Kedah dipindah ke PPS meningkat kepada 603 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memindahkan mangsa yang terperangkap akibat banjir di Kampung Bukit dalam mukim Derang, Pokok Sena hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

ALOR SETAR – Seramai 603 mangsa banjir dari tiga daerah di negeri ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 5 petang ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusoff berkata, semua mangsa yang melibatkan 174 keluarga berada di enam PPS di daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena.

“Empat PPS di daerah Kubang Pasu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang, Sekolah Kebangsaan (SK) Malau dan Dewan PPK Lubuk Batu kini menempatkan seramai 208 mangsa.

“Bagi daerah Kota Setar, hanya satu PPS dibuka iaitu di SK Taman Aman yang mempunyai 98 mangsa. PPS Dewan Taman Seri Bagan telah ditutup pada pukul 1.34 tengah hari tadi,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, jumlah mangsa di PPS SK Bukit Hijau meningkat daripada 75 mangsa pada pukul 12 tengah hari tadi kepada 297 mangsa pada pukul 5 petang tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI