fbpx

Serangan balai polis: ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Azza maut akibat ditetak oleh suspek dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi.

PETALING JAYA – “Ami kau buat kami sedih, kenapa pergi Ami? Terima kasih jadi anak yang baik”.

Itulah luahan kakak kepada salah seorang anggota polis yang maut dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi.

Mangsa, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar maut di lokasi kejadian akibat ditetak pada bahagian belakang leher dan kepala oleh suspek.

Menerusi InstaStory kakak mangsa yang menggunakan akaun @i.shamimie, meminta orang ramai untuk mendoakan arwah adiknya dan mengakui masih terkejut dengan berita tersebut.

“Kuat kan kami sekeluarga kuat hadapi ujian ini Ya Allah. Mohon sedekahkan al-Fatihah untuk arwah adik saya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua anggota polis maut, manakala seorang lagi parah selepas ditembak dan ditetak oleh seorang individu yang bertindak menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru sekitar pukul 2 pagi hari ini.

Lelaki yang menyerang balai tersebut turut mati ditembak dalam kejadian berdarah terbabit.

Menurut sumber, suspek iaitu lelaki yang memakai topeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis tersebut dengan menggunakan senjata parang.

Suspek bertindak mencederakan dua anggota polis yang sedang bertugas, sebelum merampas dua laras senjata api dan melepaskan dua das tembakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI