fbpx

JKN Kedah tangani isu kekurangan doktor di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu notis di hospital kerajaan yang tular di aplikasi X, baru-baru ini.

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah komited menangani isu kekurangan doktor di klinik-klinik pakar bagi memastikan penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Kesihatan Awam), Dr. Norizan Ahmad berkata, pihaknya mengambil maklum isu tular di media sosial berkaitan satu notis yang dipaparkan di klinik pakar pembedahan di sebuah hospital di negeri itu, baru-baru ini.

Menurutnya, pembahagian sumber manusia di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kategori pakar dan pegawai perubatan di seluruh hospital adalah selari dengan beban tugas semasa.

Bagaimanapun, katanya, penempatan pegawai perubatan di sesebuah hospital ditentukan oleh pengarah hospital mengikut justifikasi dan keperluan semasa.

“Perkhidmatan klinik-klinik pakar di hospital berpakar adalah melalui sistem temu janji secara berperingkat dan berjadual bagi mengelakkan masa menunggu yang panjang,” ujarnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan sebuah hospital di utara tanah air mendakwa mengalami masalah kekurangan doktor dengan pesakit terpaksa menunggu sehingga lima jam untuk mendapatkan rawatan.

Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan untuk menempatkan segera kembali doktor pelatih ke hospital daerah yang memerlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI