fbpx

USA Today dakwa Bukit Bendera top 100 senarai ‘perangkap pelancong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebuah portal berita Amerika Syarikat (AS), USA Today menyenaraikan Bukit Bendera di Pulau Pinang antara 100 tempat ‘perangkap pelancong’ terbesar di seluruh dunia.

Dalam masa sama, Bukit Bendera turut disenaraikan lokasi tarikan ‘paling berlebihan’ (most overrated) di kedudukan 14 daripada senarai 100 oleh pihak tersebut.

Malah, lokasi itu juga berada di kedudukan 64 daripada senarai 100 sebagai destinasi tarikan ‘mahal melampau’ (most overpriced) disenaraikan oleh USA Today.

Artikel itu dikeluarkan oleh USA Today yang juga syarikat akhbar di AS pada 24 Ogos lalu yang boleh diakses pada laman web mereka.

Berdasarkan senarai tersebut, Bukit Bendera didakwa berada di kedudukan kesembilan daripada 100 tempat ‘perangkap pelancong’ terbesar yang disenaraikan.

Menerusi artikel tersebut, kesemua senarai itu diperolehi daripada maklum balas dan ulasan dalam talian.

“Apabila anda merancang untuk menjalani percutian sempurna, anda tidak mahu membazirkan wang dan masa dengan ‘perangkap pelancong’ yang mengecewakan.

“Justeru, untuk mengelakkan anda berasa kecewa, kami berkongsi dengan anda data ‘harta karun’ diperolehi daripada ulasan dalam talian,” menurut artikel itu.

Pihak tersebut mendakwa, mereka menganalisis sebanyak 23.3 juta Google ‘reviews’ daripada 500 tempat tarikan pelancong di seluruh dunia merangkumi 65 negara di enam benua.

Setiap lokasi tarikan tersebut, mereka bertanyakan soalan mudah seperti berapa kerap ulasan yang menyebut istilah ‘perangkap pelancong’ (tourist trap), ‘berlebihan’ (overrated) dan ‘mahal’ (expensive). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI