fbpx

Suri rumah maut bedah payudara: Perawat kecantikan gagal dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ling Tian Soon (dua kanan) menyerahkan mock check peruntukan kerajaan negeri kepada Sekolah Menengah Foon Yew di Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Perawat kecantikan yang terlibat menjalankan prosedur pembedahan payudara seorang suri rumah yang maut bulan lalu masih gagal dikesan pihak berkuasa sehingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah menjalankan siasatan dan mencari individu berkaitan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, pihaknya juga telah menyerbu premis kediaman yang beralamat di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini namun individu bertanggungjawab masih gagal dikesan.

“Nombor telefon peribadi dan juga akaun media sosial perawat kecantikan itu juga sudah dipadamkan, menyebabkan usaha mencari individu berkenaan bertemu jalan buntu.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa memberi individu berkenaan tempoh satu minggu untuk tampil dan membantu siasatan yang dijalankan JKNJ. Selain itu, kami juga meminta kerjasama awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan wanita berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan peruntukan kerajaan negeri kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Foon Yew, di sini hari ini.

Tambah Tian Soon, jika individu terbabit masih berdegil dan enggan memberikan kerjasama, pihaknya akan meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengesan dan menahan wanita berkenaan.

“Siasatan awal mendapati premis rawatan kecantikan itu tidak berlesen dan kediaman tersebut disewa sebelum dijadikan pusat rawatan kecantikan tidak berlesen,” ujarnya.

Pada 29 Julai lalu, seorang surirumah, Tan Wei Shan, 29, dilaporkan maut selepas menjalani prosedur membesarkan payudara di premis berkenaan pada 29 Julai lalu.

Menurut suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 35, isterinya mula berasa tidak sihat dan pening kepala selepas menjalani prosedur berkenaan.

“Dia mengadu berasa sakit dan bengkak di bahagian dadanya. Petang esoknya, isteri saya mengunjungi sebuah klinik sebelum dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan sekitar pukul 7 malam.

“Akibat sakit yang dialami, dia dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 7 malam, 2 Ogos lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI