fbpx

Kajian SSPA dilaksanakan tingkatkan prestasi perkhidmatan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anesee (tengah depan) bersama pimpinan tertinggi penjawat awam Selangor hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kerajaan telah bersetuju secara dasar untuk melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam usaha meningkatkan prestasi perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed berkata, keputusan itu juga telah mengambil kira ketiadaan semakan sistem saraan secara menyeluruh sejak tahun 2002 hingga kini.

“Kajian tersebut memberi fokus kepada tiga skop utama iaitu pembangunan organisasi, kemampanan sistem saraan dan pengurusan bakat. Penjawat awam diseru menyumbang idea serta pandangan dalam kajian ini,” katanya ketika berucap pada sesi libat urus kajian SSPA bersama penjawat awam negeri Selangor, hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Anesee Ibrahim.

Zulkapli memberitahu, sebanyak 68,798 cadangan melibatkan 31,300 responden telah diterima setakat 22 September lalu dan berdasarkan unjuran garis masa yang ditetapkan, SSPA akan dilaksanakan mulai tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI