fbpx

Bicara Ebit Lew jadi sesi pertikaman lidah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Liew di Mahkamah Majistret Tenom

TENOM – Proses mengambil keterangan membabitkan Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching sebagai saksi kelapan dalam kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bertukar menjadi pertikaman lidah antara pihak pendakwaan dan pembelaan sewaktu sesi pemeriksaan utama yang berlangsung di Mahkamah Majistret Tenom hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria mengemukakan pertanyaan semasa melakukan pemeriksaan utama mengenai laporan LGMS namun peguam mewakili tertuduh, Ram Singh menyatakan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan berpandangan agar semua isi kandungan pemacu kilat serta cakera video digital (DVD-R) yang dinyatakan perlu dikaji terlebih dahulu sebelum saksi kelapan memberi keterangan.

“Berikan kami tempoh untuk mengkaji isi kandung kedua-dua DVD-R dan pemacu kilat selain segala berkaitan dengan IDD-2. Hal ini kerana sumber melibatkan semua barang kes ini diperoleh daripada LGMS. Oleh itu, semua pertanyaan mengenainya boleh dikemukakan pada perbicaraan berikutnya,” katanya ketika perbicaraan di Mahkamah Majistret hari ini.

Menurut Ram Singh, IDD-2 iaitu laporan siasatan forensik digital disediakan oleh pakar daripada syarikat LGMS dan orang yang sepatutnya menjelaskan tentang IDD-2 adalah LGMS dan bukannya saksi kelapan.

Menurutnya, tiada keperluan bagi saksi kelapan memberi keterangan tentang laporan forensik berikutan saksi kelapan terbabit bukan individu yang mengekstrak cakera keras daripada LGMS kepada cakera keras PDRM.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad meminta saksi kelapan membuat penyerahan salinan kandungan kepada pihak pembelaan dan pendakwaan ekoran soalan-soalan selanjutnya adalah berkaitan dengan DVD-R dan pemacu kilat terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI