fbpx

627 PPS di Sarawak sedia dibuka bila-bila masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amar Douglas Uggah Embas

KUCHING – Sebanyak 627 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mampu menempatkan seramai 162,091 mangsa sudah siap disediakan untuk digunakan sekiranya berlaku bencana banjir di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata persediaan itu sebahagian daripada persiapan penuh oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi menghadapi fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal bakal melanda.

Selain itu, beliau yang juga Pengerusi JPBN Sarawak berkata seramai 5,501 anggota dari agensi tindak balas seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga sedia untuk dikerahkan.

“Ini termasuk kekuatan aset logistik sebanyak 487 aset darat, 249 aset laut dan sungai, 12 aset udara dan 207 aset sokongan yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi fasa peralihan monsun ini,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat JPBN, hari ini.

Daipada segi bekalan bantuan pula, Uggah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memastikan bekalan bantuan adalah mencukupi di semua depoh simpanan, stor pejabat dan juga di pangkalan hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI