fbpx

Batal sertai program jaga anak sakit, guru menang kes tribunal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZANAHARIAH menunjukkan dokumen tuntutan yang dibuatnya terhadap sebuah syarikat penerbitan.

MELAKA – Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) hari ini memerintahkan sebuah syarikat penerbitan memulangkan semula wang deposit Program Usahawan Malaysia-Dubai berjumlah RM2,500 kepada seorang guru.

Presiden Mahkamah TTPM, Abdul Rashid Daud turut mengarahkan pembayaran itu dibuat secara penuh oleh pihak penentang sebelum 12 November ini.

Katanya, kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 117 Akta Pelindungan Pengguna (APP) 1999 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pihak penuntut, Zanahariah Jaafar, 55, ketika ditemui selepas sesi pendengaran berkata, tuntutan itu dibuat selepas pihak penentang enggan memulangkan wang deposit RM2,500 seperti dijanjikan apabila dia terpaksa menarik diri daripada menyertai program itu 3 Mei lalu.

“Sebelum ini, saya tertarik melihat iklan di Facebook yang menawarkan Program Usahawan Wanita Malaysia-Dubai dari 22 hingga 26 Disember pada bayaran RM4,500 manakala selebihnya ditanggung syarikat.

“Saya menjelaskan bayaran itu secara ansuran berjumlah RM2,500 antara Disember 2022 hingga Mei 2023, namun terpaksa menarik diri kerana anak bongsu menjalani pembedahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, dia merancang untuk menyertai program itu bagi mencari peluang perniagaan minyak wangi di Dubai.

Beliau berkata, pihak penentang sebelum ini berjanji untuk memulangkan wang deposit pada 12 Jun lalu, namun sehingga kini pembayaran belum dibuat.

“Keputusan mahkamah hari ini memberi kemenangan kecil kepada saya sebagai pengajaran kepada orang lain agar tidak manjadi mangsa syarikat yang cuba bersikap lepas tangan terhadap pengguna,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI