fbpx

Tan Sri Musa kahwini wanita bernama Qistina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video dipercayai majlis perkahwinan Musa dan Qistina.

PETALING JAYA – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dipercayai telah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Puan Sri Qistina Lim.

Rakaman video dipercayai majlis perkahwinan Musa dan Qistina dimuat naik pendakwah selebriti Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar di akaun Facebook beliau hari ini.

“Majlis Perkahwinan Tan Sri Musa Hassan & Puan Sri Qistina Lim,” katanya ringkas menerusi akaun Facebook beliau malam tadi.

Beberapa pengguna Facebook yang menonton rakaman video itu menyambut baik perkahwinan tersebut sambil mengucapkan tahniah kepada Musa.

“Selamat pengantin baru Tan Sri dan Puan Sri,” kata Hasmah Abu.

Amir Shafi pula berkata: “Mabruq Alaikum Tan Sri Musa dan pasangan” – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI