fbpx

Menteri tidak digalak bercuti bagi hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (tengah) bersama-sama peserta program Walk-A-Mile sempena World Heart Day 2023 di perkarangan Pustaka Negeri di sini, hari ini.

KUCHING – Menteri khususnya yang bertanggungjawab bagi menangani bencana banjir tidak digalakkan bercuti atau pergi ke luar negara dalam masa terdekat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu diambil oleh kerajaan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

“Fasa peralihan monsun dijangka berterusan sehingga penghujung tahun ini.

“Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), peralihan ini dijangka bermula dari 19 September lalu dan berlarutan hingga November 2023.

“Inilah langkah-langkah yang diambil untuk persediaan menghadapi sebarang kemungkinan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Walk-A-Mile sempena World Heart Day 2023 di perkarangan Pustaka Negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nancy berkata kementeriannya sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan banjir seperti yang diramal oleh MetMalaysia.

Katanya pada masa ini, banjir dilaporkan berlaku di tiga negeri iaitu Sabah, yang merekodkan bilangan mangsa tertinggi seramai 228 orang daripada 72 keluarga, diikuti Perak (37 orang daripada sembilan keluarga) dan Sarawak (33 orang daripada tujuh keluarga).

“Pegawai kami sentiasa bersedia di lapangan dengan peralatan, makanan dan minuman.

“Inilah persiapan kerana kita tahu bahawa banjir akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, Nancy berkata bantuan kepada mangsa banjir masih dikekalkan tanpa sebarang pengurangan walaupun negara menghadapi masalah kenaikan harga barang ketika ini.

“Bantuan tidak akan dikurangkan walaupun harga barang meningkat, sumbangan akan disalurkan berdasarkan apa yang kita sentiasa berikan sebelum ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI