fbpx

Dia penenang, tempat saya bergantung nyawa – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA menegaskan bahawa suaminya, Farid Kamil umpamanya adalah tempat dirinya bergantung nyawa.

PETALING JAYA – Kembali rujuk semula dengan suami, Farid Kamil 31 Ogos lalu, pelakon dan penyanyi Diana Danielle menegaskan bahawa lelaki itu umpamanya adalah tempat dirinya bergantung nyawa.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson dalam sebuah temu bual produk kesihatan menerusi TikTok memaklumkan, suaminya itu adalah pelindung dirinya dalam segala macam perkara.

“Saya rasa dia seorang yang mampu melindungi saya dalam segala perkara. Jadi, bila dia tiada, siapa yang boleh jaga saya dan anak-anak,” kata pelakon filem Imaginur itu.

Dalam masa sama, Diana, 32, dapat merasakan aura positif suaminya yang mampu mengubah emosinya bagi menjalani hari yang lebih baik pada masa hadapan.

“Dalam sesetengah perkara dalam hidup, saya bergantung nyawa dengan dia (Farid) kerana dia ada satu aura yang sangat tenang.

“Jadi, saya pula lebih kepada tidak aktif dan beremosi. Contohnya, kalau dia keluar bekerja selama satu bulan, saya boleh rasa aura tersebut berkurang.

“Saya boleh jadi sangat sedih tetapi rasa sangat bergantung pada Farid dan tidak sedar dia sangat bermakna dalam hidup saya,” katanya lagi.

Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata itu mengingatkan agar menghargai masa buat diri sendiri selain sibuk memikirkan kepentingan orang lain.

“Bila hanya fikir tanggungjawab atau orang lain, kita kena perlu hargai masa dengan diri sendiri.

“Belajar ada dengan diri sendiri sebab saya percaya Allah akan tarik semua yang kita ada dalam sekelip mata,” ujarnya.

Sebelum ini, Farid mendedahkan sudah rujuk kembali dengan bekas isteri, Diana pada 31 Ogos lalu selepas bercerai menerusi Google Meet pada 10 Ogos lalu.

Terdahulu, Diana dan Farid bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkahwinan mereka diserikan dengan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora yang kini berusia lapan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI