fbpx

Pintu terbuka ketika tren bergerak laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pintu tren Skytrain BTS terbuka ketika ia bergerak laju di Bangkok baru-baru ini.- Foto Sanook

BANGKOK –  Satu klip video memaparkan tren Skytrain BTS Bangkok yang bergerak laju dalam keadaan sebuah pintunya terbuka luas mengejutkan netizen, lapor portal berita Thaiger semalam.

Seorang pengguna TikTok menggunakan akaun @star111042 berkongsi video itu dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berdiri atau bersandar pada pintu kereta api BTS  baru-baru ini.

Video itu memaparkan seorang pekerja  kemudian memberitahu pengendali tren bahawa pintu itu terbuka semasa pengangkutan awam tersebut sedang bergerak sehingga tiba di Stesen Punnavithi.

Rakaman berakhir  dengan pemberitahuan dalam bahasa Thailand dan Inggeris menyatakan bahawa pintu itu tidak berfungsi, lapor laman berita Sanook.

Video itu mencetuskan pelbagai komen netizen antaranya ialah : “Jika tren itu penuh sesak dan pintu tidak tertutup, ia boleh menjadi malapetaka.” 

“Mereka memberitahu kami untuk tidak berdiri atau bersandar pada pintu. Apa sahaja boleh berlaku,” kata seorang lagi netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI