fbpx

Perairan P. Pinang bebas alga spesies ‘noctiluca scintillans’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Pinang kini bebas sepenuhnya daripada alga spesies 'noctiluca scintillans' yang menyebabkan berlaku fenomena air pasang merah.

GEORGE TOWN – Jabatan Perikanan Pulau Pinang mengesahkan perairan negeri itu telah bebas sepenuhnya daripada alga spesies ‘noctiluca scintillans’ yang menyebabkan berlakunya fenomena air pasang merah di perairan Teluk Bahang, hujung bulan lalu.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Zarina Zainuddin berkata, sejak fenomena itu berlaku sebanyak enam sampel air laut telah diambil untuk dianalisa bagi memastikan kehadiran kandungan alga berkenan di dalam air laut.

“Sampel air laut telah diambil untuk analisis oleh Jabatan Perikanan negeri bersama Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung. Kita dapati kandungan sel Noctiluca Scintillans dalam sampel air yang diambil menunjukkan trend menurun.

“Analisis sampel pada Jumaat minggu lalu serta semalam mendapati kandungan alga ialah negatif dan keadaan perairan negeri ini telah bebas daripada alga spesis ‘noctiluca scintillans’ yang menyebabkan berlakunya kejadian air pasang merah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Sebelum ini, pada hujung bulan lalu, nelayan-nelayan di sekitar kawasan Teluk Bahang bimbang dengan fenomena yang didakwa sebagai air pasang merah yang melanda kawasan berkenaan.

Jabatan Perikanan memaklumkan keputusan awal analisis yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung bagi mengenal pasti ‘air merah’ itu mendapati alga tersebut bukan toksin dan tidak berbahaya kepada manusia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI