fbpx

Nadma diarah beri tumpuan 89 daerah dikenal pasti ‘hotspot’ banjir – Armizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan bercakap ketika Program Humanitarian In Operations Training And Rakan Nadma Disaster Emergency Simulation Exercise (Randex) 2023 di GLAMPING @ PUTRAJAYA, hari ini. -Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) diarah untuk memberi tumpuan terhadap 89 daerah yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ atau lokasi tumpuan banjir khususnya di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menjelang Monsun Timur Laut (MTL), November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, selain itu, Nadma juga perlu memastikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat merangkumi negeri dan daerah berada dalam keadaan siap siaga.

“Saya harap Nadma (dapat) memantau pelaksanaan persiapan ini khususnya di daerah-daerah yang mempunyai risiko besar untuk berhadapan dengan banjir. Kalau lihat dari segi risiko, berdasarkan kepada data MTL yang lepas pada tahun 2022, kita dapati sebanyak 89 daerah di seluruh Malaysia terlibat dengan bencana banjir.

“Daripada 89 daerah itu, ada 77 daerah dimana kejadian banjir itu berulang lebih daripada sekali dalam tempoh MTL iaitu pada bulan November hingga Mac, sama ada di lokaliti kampung yang sama atau pun lokaliti berbeza dalam daerah sama.

“Kita turut arah Nadma untuk pastikan kesiapsiagaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah termasuk dari segi komunikasi dan kebersamaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh membantu,” katanya selepas merasmikan penutupan Program Humanitarian in Operations Training dan Rakan Nadma Disaster Emergency Simulation Exercise (Randex) 2023 di sini hari ini.

Pada masa sama, Armizan turut memberi peringatan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah yang masih belum mengadakan mesyuarat supaya melaksanakannya dalam kadar segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI