fbpx

Lisa artis K-pop pertama lepasi 1 billion penstriman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LISA terus meraih kejayaan menerusi singlenya, Money.

POPULARITI Lisa Blackpink sudah tidak dapat disangkalkan lagi, pengaruhnya sudah mendunia, apa sahaja yang dilakukannya pasti membuahkan hasil yang tidak mengecewakan.

Terbaharu, Lisa sekali lagi cemerlang mencipta rekod dalam platform muzik global apabila lagu solonya berjudul Money menjadi lagu pertama penyanyi K-Pop yang melepasi satu bilion penstriman dalam Spotify.

Pencapaian tersebut sekali gus menjadikan Money sebagai lagu sulung artis K-pop dan B-side (lagu tambahan atau kedua) pertama dengan kejayaan terbesar sepanjang zaman.

Money kini bersaing dengan lagu Woman nyanyian asal Doja Cat bagi kategori lagu rap artis solo wanita paling banyak distrim sepanjang zaman dalam Spotify iaitu sebanyak 1.3 billion penstriman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI