fbpx

Himpunan Selamatkan Malaysia: Tiga kertas siasatan diserahkan ke AGC esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peserta Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang hadir di di Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Tiga kertas siasatan yang dibuka susulan Himpunan Selamatkan Malaysia akan diserahkan ke Jabatan Peguam Negara (AGC), esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, terdapat 29 suspek yang dipanggil sepanjang siasatan tiga laporan polis itu.

“Kita telah membuka tiga kertas siasatan iaitu pertama membabitkan siasatan ke atas kesemua 29 suspek itu (peserta himpunan dikenal pasti).

“Kertas siasatan kedua berkaitan himpunan itu (berhubung tiada pemakluman penganjuran himpunan) dan kertas siasatan ketiga membabitkan kenyataan yang dibuat di himpunan itu yang disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

“Ketiga-tiga kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada AGC esok untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

16 September lalu, Polis mengklasifikasikan Himpunan Selamatkan Malaysia yang diadakan di hadapan pusat membeli-belah di ibu negara, sebagai tidak patuh Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).

Himpunan itu bermula pada pukul 1.15 petang di Masjid Jamek, Kampung Baru, di sini kemudian berakhir pada pukul 3.30 di hadapan Kompleks beli-belah Sogo, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, pihaknya bertindak berpandukan undang-undang iaitu APA 2012 yang menggariskan perkara perlu dipatuhi oleh polis dan penganjur khususnya Seksyen 9, 10 dan 11.

“Mengikut Seksyen 9, penganjur perlu berikan pemakluman dan ia ditetapkan dalam akta terbabit,”katanya.

Jelas Allaudeen, dianggarkan seramai 800 hingga 850 peserta hadir dalam himpunan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI