fbpx

Geng Daus Salong aktif curi motosikal di Kuantan, Pekan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ZAHARI (kanan) menunjukkan antara rangka motosikal yang dirampas dalam sidang akhbar di IPD Kuantan di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Geng Daus Salong yang terlibat dalam kes kecurian motosikal di daerah ini dan Pekan tumpas selepas polis menahan enam lelaki menerusi Op Lejang yang dijalankan sekali gus berjaya menyelesaikan sembilan kes kecurian motosikal di dua daerah itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan laporan pada 9 September lalu, pihaknya melalui Task Force yang ditubuhkan telah menerima maklumat berkaitan kes kecurian motosikal pada hari kejadian.

“Bertindak atas maklumat yang diterima itu, seorang lelaki ditahan di belakang Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, di sini dan merampas sebuah motosikal yang hilang di Jaya Gading, di sini.

“Hasil siasatan lanjut, lima lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Salong, Pekan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini.

Katanya, susulan penahanan kesemua lelaki berusia 16 hingga 24 tahun itu, polis turut merampas tiga motosikal, dua enjin motosikal dan satu rangka motosikal di rumah terbabit manakala siasatan lanjut menemui tiga rangka motosikal di dalam sungai Kampung Salong.

“Geng ini mempunyai peranan masing-masing iaitu mencuri, menjual, melupus, melerai dan menggunakan motosikal yang dicuri.

Siasatan juga mendapati geng ini aktif melakukan kegiatan mencuri motosikal awal tahun ini dengan menjadikan kawasan letak motosikal di premis perniagaan sebagai sasaran,”katanya.

Katanya tiga daripada enam suspek mempunyai rekod lampau dalam kesalahan jenayah dan dadah di mana empat dari suspek tidak mempunyai pekerjaan dan seorang suspek masih bersekolah.

“Modus operandi suspek ialah dengan mencuri motosikal menggunakan pemutar skru dan keseluruhan rampasan bernilai kira-kira RM35,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI