fbpx
GAMBAR HIASAN

Makanan Malaysia tersedap di dunia, fakta atau auta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DI mana sahaja kita berada, kalau sudah namanya orang Malaysia tidak kiralah Melayu, Cina dan India, makanan atau juadah tempatan adalah yang terbaik.

Nasi lemak, nasi kandar dan roti canai antara pilihan ramai bukan sahaja rakyat di negara ini, bahkan orang luar. Mereka pasti teringat-ingat hatta sudah pulang ke tempat asal.

Baru-baru ini, laman web terkemuka global, TasteAtlas menamakan roti canai Malaysia sebagai roti terbaik di dunia bagi tahun 2023.

Terdahulu, makanan sarapan ‘wajib’ setiap rakyat Malaysia itu pernah tersenarai sebagai makanan jalanan terbaik dunia de­ngan kedudukan tempat pertama pada 2022.

Nasi lemak juga pernah dinamakan sebagai antara 100 makanan tradisional paling popular di dunia pada 2019 oleh laman sesawang sama.

Tiada secebis penafian bahawa makanan di Malaysia memang bervariasi dan chef’s kiss tetapi persoalannya di sini, perlukah kita dahagakan validasi daripada orang luar untuk mengesahkan juadah lokal kita sememangnya terbaik di dunia?

Orang luar yang sebelum ini pernah menjajah negara kira ­seperti British dan Jepun.

Konteksnya di sini, mereka datang ke bumi bertuah ini, rasa makanan keramat kita dan pulang ke negara masing-masing.

Jual sedikit ‘air liur’ dalam media sosial dengan konten puji-pujian menggunung dan boom, dalam sekelip mata terus popular dan ada pengikut sendiri dengan views dan likes mencanak-canak.

Orang Malaysia ini sebenarnya sangat budiman majoritinya. Kita ‘mesra pelanggan’ dan tidak kisah berkongsi apa yang kita miliki tanpa menyedari apa yang kita punya itu sangat bernilai di mata negara lain – mereka tiada apa yang kita ada.

Kalau tidak, masakan rempah ratus dan sumber asli Malaya menjadi rebutan dunia suatu dahulu ketika zaman penjajahan bahkan sehingga kini.

Penulis sendiri pernah ke beberapa negara lain melewati kontinen – Asia Timur, Eropah serta Amerika dan makanan tradisio­nal negara tersebut memiliki keistimewaan dan keunikan mereka tersendiri.

Berkunjung ke negara orang berpaut teguh dengan mantra, ‘di mana langit dipijak di situ langit dijunjung’.

Pulang ke tanah air, ‘telan’ dan tanamkan sahaja dengan penuh rasa bangga dalam diri bahawa negara kita juga yang memahami dan memberi kepuasan tunas deria paling maksima.

Berbalik kepada isu pujian menggunung orang luar apabila berkunjung ke negara kita. Barangkali (bukan semua), wujud scheme of things mereka hanya terbitkan pujian demi clout.

Senang di Malaysia kerana, kita boleh berbahasa dalam ba­nyak ‘lidah’ iaitu bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan semestinya, Inggeris. Itu semua memudahkan ‘kerja’ mereka untuk tarik clout dan mendapat keuntungan ha­nya dengan menggoyangkan kaki bertemankan papan kekunci te­lefon pintar atau komputer riba.

Fakta atau auta? Tepuk dada, tanyalah selera.

Kendatipun, betul bahawa makanan tempatan kita sangat menggiurkan tanpa perlukan va­lidasi orang luar yang barang tinggal di sini pun hanya seminggu atau sebulan dua.

Memetik kata-kata pensohor media sosial Khairul Aming u­lung: “Malaysia banyak masakan sedap-sedap. Nenek moyang kita sudah tinggalkan legasi yang perlu dipelihara.

“Kalau bukan kita yang hargai dan angkat makanan tradisi kita sendiri, siapa lagi.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN