fbpx

MAIS sumbang RM510,000 kepada 81 pertubuhan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tengah) menyampaikan replika cek berjumlah RM510,000 kepada wakil penerima PIBK hari ini.

SHAH ALAM – Sebanyak 81 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) menerima sumbangan keseluruhan RM510,000 sebagai komitmen dalam menangani isu berkaitan ancaman akidah dan sosial.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kesemua pertubuhan itu bernaung dengan MAIS dengan prestasi mereka diukur mengikut Penilaian Prestasi dan Keberkesanan Program PIBK MAIS bagi tempoh setahun.

Katanya, antara PIBK yang menerimanya adalah Pertubuhan Guru Kafa Sabak Bernam, Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor, Pertubuhan Muallaf India Se-Malaysia dan Persatuan Cina Muslim He-Ping.

“Semoga pemberian ganjaran ini akan mendorong semua PIBK MAIS untuk bersama-sama berganding bahu dalam mempertahankan dan memartabatkan kesucian agama Islam di Selangor.

“Sehingga kini, terdapat sebanyak 77 buah PIBK dibawah MAIS,” katanya pada majlis penyerahan ganjaran itu, hari ini.

Jelas Abdul Aziz, mesemua PIBK tersebut dibahagikan kepada 10 Kluster iaitu Kluster Dakwah dan Islah, Kluster Pemantapan Akidah, Kluster Pemerkasaan Halalan Toyyiban, Kluster Pendidikan Islam dan Kluster Pembangunan Muallaf.

“Selain itu, Kluster Pendidikan Islam, Kluster Pemulihan Riqab, Kluster Kebajikan Fakir dan Miskin, Kluster Kebajikan Anak Yatim, Kluster Pembangunan Kekeluargaan Islam dan Kluster Amal Makruf Nahi Mungkar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI