fbpx

DTTN 2023 sasar 40 peratus kadar penggunaan teknologi nuklear negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang pada Majlis Pelancaran Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 di Marriot Putrajaya di hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan kadar penggunaan teknologi nuklear di Malaysia meningkat kepada tahap 40 peratus menjelang 2030 berbanding 20 peratus ketika ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, sasaran itu yakin dapat dicapai menerusi Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 (DTNN 2030) yang dilancarkan hari ini.

Beliau berkata, teknologi nuklear secara aman sudah digunakan secara meluas di negara ini sejak 40 tahun lalu dan sudah tiba masanya, penggunaannya diarusperdanakan.

“Kami juga menyasarkan nilai pelaburan dan hasil daripada industri nuklear ini dijangka mencecah RM2.4 bilion menjelang 2030 berbanding sekitar RM1 bilion ketika ini.

“DTNN 2030 adalah dasar jelas bagi memacu tahap penggunaan nuklear negara dan kita masih lagi agak kebelakang berbanding negara jiran,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan DTTN 2030 di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini, teknologi nuklear di Malaysia digunakan secara meluas dalam bidang perubatan dan teknologi makanan khususnya dalam menghasilkan beras tahan penyakit serta lebih berkualiti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI