fbpx

Kadar penerimagunaan 5G meningkat hampir 36 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (tiga dari kanan) melawat reruai pameran semasa lawatan ke PoP di SMK Padang Besar Utara hari ini.

PADANG BESAR – Kadar penerimagunaan liputan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan April ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia pencapaian yang baik dalam tempoh beberapa bulan sahaja memandangkan penerimagunaan liputan 5G sebelum ini hanya sekitar 12 hingga 15 peratus sahaja pada November 2023.

“Dalam tempoh cuma lima hingga enam bulan kita telah berjaya meningkatkan daripada kira-kira 15 peratus ke lebih 35 peratus, iaitu hampir 36 peratus sekarang. Saya lihat ramai yang memanfaatkan capaian internet terutama pakej-pakej 5G yang disediakan.

“Kerajaan dijangka mengumumkan rangkaian kedua 5G pada minggu hadapan yang dilihat akan membawa implikasi positif dan besar dari segi liputan serta penerimagunaan perkhidmatan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Besar Utara, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI