fbpx

Sekolah berada di kawasan berisiko perlu diberi pendedahan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Latih Amal Kecemasan Radiologikal di UTM Skudai, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Semua sekolah di negeri ini khususnya di kawasan berisiko berdepan situasi kecemasan seperti di Pasir Gudang wajar diberi pendedahan mengenai persediaan menghadapinya.

Pengarah Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mohd. Fa’iz Ahmad berkata, ini penting bagi mengurangkan risiko daripada keadaan tidak diingini berlaku.

Beliau berkata, program kesedaran itu perlu diwujudkan program kesedaran mengikut zon dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu bekerjasama dengan beberapa pihak termasuk UTM dalam menjayakan program ini.

“Pelajar perlu didedahkan dengan pengetahuan asas khususnya bagi sekolah dalam kawasan industri di Pasir Gudang dan tempat lain yang berisiko berlaku pencemaran bahan kimia.

“Para pelajar harus tahu tentang sebarang perubahan dan situasi yang berlaku di sekeliling mereka dan cara menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Latih Amal Kecemasan Radiologikal di UTM di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI