fbpx

Bomba Terengganu siap sedia hadapi banjir sukar diramal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan 'As'ari (tengah) memeriksa sebahagian aset yang akan digunakan untuk penyelamatan musim tengkujuh pada Perhimpunan Bulanan JBPM Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu bersiapsiaga menghadapi kemungkinan banjir di luar kebiasaan yang semakin sukar diramal pada musim tengkujuh tidak lama lagi.

Pengarah JBPM Terengganu, Hassan ‘As’ari Omar berkata, berdasarkan trend beberapa tahun kebelakangan ini, situasi banjir di negeri ini sukar untuk dijangka.

“Banjir di Terengganu sejak akhir-akhir ini kawasan yang terjejas tidak statik dan sering berubah-ubah.

“Kawasan yang banjir teruk pada tahun lalu tidak semestinya alami masalah sama pada tahun ini tetapi (bah besar) di tempat lain pula,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan JBPM Terengganu di sini hari ini.

Sehubungan itu, Hassan ‘As’ari berkata, semua 690 anggota di 17 balai bomba telah dikerah agar sentiasa bersiapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, kekuatan JBPM Terengganu juga akan disokong oleh 287 anggota daripada 10 pasukan bomba sukarela bagi menghadapi operasi monsun Timur Laut.

“Ikutkan data sebelum ini, sebanyak 192 kawasan di seluruh lapan daerah di negeri ini telah dikenalpasti berisiko banjir pada musim tengkujuh dijangka bermula pada bulan depan.

“Begitupun, kita akan turut memberi fokus kepada Kuala Berang (Hulu Terengganu) dan beberapa lokasi di Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman yang turut berpotensi dilanda banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI