fbpx

Anwar jawab isu `hari ini menang, esok harga minyak turun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab isu janji `hari ini menang, esok harga minyak turun’ di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Anwar, semasa ungkapan itu dibuat pada tahun 2018, harga petrol di Malaysia RM2.21 seliter, manakala Arab Saudi RM2.19 sen.

“Berapa harga (petrol) di Arab Saudi sekarang? RM2.48 sen seliter. Berapa harga di Malaysia? RM2.05 sen seliter,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12).

Anwar turut menyindir Pas kerana janji `hari ini menang, esok harga minyak turun’ dipersetujui Pas semasa bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI