fbpx

Nor Dhia perlukan RM17,800 beli kaki palsu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Nor dan Suhaila menunjukkan kaki palsu Nor Dhia yang perlu diganti ketika ditemui di rumah mereka di Bukit Merah, Paka baru-baru ini.

DUNGUN – Kesempitan hidup menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan, Nor Dhia Dhalieya Mohamad Nor, 9, yang kudung kaki kiri menggunakan kaki palsu yang telah rosak sejak hampir setahun lalu.

Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Paka II berkenaan kudung kaki kiri sejak berusia tiga bulan selepas dia dan keluar­ganya terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2014.

Ibu kanak-kanak itu, Shuhaila Norasmira Mohd. Shukri, 33, berkata, penggunaan kaki palsu lama itu membuatkan anaknya sukar untuk berjalan terutama­nya ke sekolah kerana alatan itu tidak sesuai dengan keadaan fizikalnya yang makin membesar.

“Kaki palsu tersebut telah rosak pada bahagian tapak, lutut dan paha menyebabkan Nor Dhia sering mengadu sakit dan hilang keseimbangan sehingga kerap terjatuh.

“Doktor yang merawatnya juga memberitahu kaki palsu lama itu sebenarnya sudah tidak boleh dibaiki lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Merah, Paka di sini semalam.

Suri rumah itu berkata, sebelum ini, pemasangan kaki palsu buat anaknya dibiayai Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun bagi penggantian baharu ini, kosnya perlu ditanggung sendiri.

“Kos pemasangan kaki palsu baharu dianggarkan menelan belanja RM17,800.

“Kami tidak mampu kerana suami, Mohamad Nor Omar, 34, cuma bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.

“Permohonan bantuan ­dengan beberapa agensi kerajaan Persekutuan dan negeri setakat ini juga masih belum membuahkan hasil,” luahnya

Sehubungan itu, Suhaila Norasmira merayu simpati ramai untuk membantu Nor Dhia mendapatkan kaki palsu baharu agar anaknya boleh membesar seperti kanak-kanak normal lain.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank Shuhaila Norasmira bernombor 163082317078 (Maybank) atau menghubunginya di talian
019-9118395.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI