fbpx

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Ayer Itam di sini, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Ayer Itam di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mayat lelaki berusia 60-an tersebut dijumpai di bawah katil dalam bilik tidur kediaman berkenaan.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran berlaku pada pukul 3.44 pagi tadi dan operasi pemadaman api dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong.

Menurutnya, kebakaran membabitkan dua unit rumah kampung dengan anggaran kemusnahan kira-kira 90 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 4.28 pagi tadi dan pasukan menemui mayat mangsa lelaki dalam keadaan rentung.

“Operasi pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan Pasukan Forensik Bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI