fbpx

Gagal tunai janji, Kerajaan Perpaduan ‘no action, talk only’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan ‘NATO’ (no action, talk only) apabila banyak janji yang diberikan sebelum ini didakwa gagal ditunaikan.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bicarakan soal reformasi kerana banyak janji terus ditangguhkan.

Menurutnya, pada Mac lalu, Perdana Menteri (Anwar) menjanjikan setiap Ahli Parlimen tidak kira kerajaan atau pembangkang menerima peruntukan adil dan saksama.

“Namun, kini Ahli Parlimen kerajaan terima RM3.8 hingga RM4.5 juta tetapi kawasan pembangkang masing kosong.

“Jadi, sekolah-sekolah yang tidak diselenggara di kawasan pembangkang akan dibiarkan. Ia bermaksud orang susah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih tidak akan mendapat pembelaan kerana lazimnya mereka memerlukan bantuan daripada peruntukan Parlimen sedia ada.

“Akhirnya, orang-orang susah di kawasan tersebut yang hanya kerana warna politik mereka bakal diseksa,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Selain itu, Syed Saddiq berkata, janji Anwar bahawa kes-kes rasuah tidak akan digugurkan termasuk pengisytiharan harta dalam kalangan Ahli Kabinet juga gagal dibuat sejak Januari lalu.

“Saya bangkitkan soal perkara yang boleh dilakukan. Sebab itu dalam hal ini, tidak perlulah nak kata kerajaan ‘walk the talk’.

“Saya rasa rakyat hari ini, bila dengar perkataan ‘tatakelola’, orang dah tahu ini penipuan dan kurang percaya kerana telah berikan peluang tapi masih tak lakukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan tidak boleh berselindung di sebalik kenyataan tidak ada sokongan atau kestabilan politik kerana beliau sudah memberikan komitmen untuk menyokong.

“Ini adalah kerajaan paling stabil sejak zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mempunyai 147 kerusi,” jelasnya.

Sementara, kata Syed Saddiq, tindakan Muda menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, tidak menyalahi mana-mana peruntukan perundangan.

Justeru, beliau menegaskan, tiada keperluan bagi mana-mana wakil rakyat Muda mengosongkan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atau Pilihan Raya Negeri (PRN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI