fbpx

Dewan Rakyat: Bekalan beras negara mencukupi sehingga 5 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekalan beras negara sebanyak 900,000 tan adalah mencukupi bagi menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bekalan beras itu meliputi 250,000 tan stok penimbal dan 650,000 tan stok dagangan.

Dalam pada itu, Mohamad berpandangan, masih belum ada keperluan mendesak untuk menggunakan stok penimbal beras kerana stok dagangan sedia ada masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik.

Selain itu, beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini giat melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi negara bagi mencapai sasaran Kadar Sara Diri (SSR) beras sebanyak 80 peratus menjelang 2030.

Katanya, antara inisiatif dilakukan adalah pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang menyasarkan pelaksanaan di kawasan seluas 150,000 hektar sawah padi dengan purata pengeluaran hasil sebanyak tujuh tan per hektar.

“Program ini dilaksanakan berdasarkan kepada empat model iaitu model SMART SBB Padi Putih, SMART SBB Padi Wangi, SMART SBB Asnaf dan SMART SBB Mini Sekinchan.

“Ia tidak menggunakan sebarang peruntukan tambahan daripada kerajaan, malahan syarikat peneraju yang terbabit akan menanggung kos pelaksanaan operasi sehingga RM3,200 per hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Parlimen, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI