fbpx

Pearly-Thinaah kekal rekod bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY dan Thinaah menempah slot suku akhir Terbuka Hong Kong selepas menundukkan pasangan Thailand semalam.

BEREGU wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan rekod cemerlang ke atas Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dalam lima pertemuan ke atas pasangan Thailand di ranking kesembilan dunia itu.

Pearly, 23, dan Thinaah, 25, yang kini naik satu anak tangga ke ranking 10 dunia, menang 15-21, 21-14, 21-19 dalam pertarungan selama satu jam enam minit pada suku akhir Terbuka Hong Kong semalam.

Ia adalah kemenangan kelima gandingan negara itu ke atas Jongkolphan-Rawinda selepas menang di Indonesia Masters 2022, Piala Uber 2022, Final Jelajah Dunia 2021 dan Terbuka All England 2021.

Bagaimanapun, jurulatih beregu wanita negara, Hoon Thien How masih belum gembira dengan prestasi anak-anak buahnya terutama dalam set pertama pada aksi di Coliseum Hong Kong, Kowloon itu.

“Set pertama mereka lebih kerap menunggu bola, jadi banyak buang (melepasi garisan) belakang. Selepas itu di set kedua dan ketiga barulah mereka dapat semula permainan sendiri.

“Walaupun ada ketika ketinggalan di penghujung permainan dalam set ketiga tetapi mereka percaya dengan diri sendiri, yakin dan tahu apa perlu dibuat untuk menang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ia sekali gus menamatkan rekod kurang memuaskan Pearly-Thinaah yang sebelum ini gagal melangkah ke separuh akhir dalam enam kejohanan terakhir tahun ini sejak muncul naib juara Malaysia Masters pada Mei lalu.

Ini juga bakal menjadi penampilan separuh akhir kelima buat Pearly-Thinaah dalam kalendar 2023 sejak Terbuka India pada Januari, Indonesia Masters (Januari), Terbuka Jerman (Mac) dan Malaysia Masters (Mei).

Sebagai rekod, kali terakhir pasangan dari Kedah dan Selangor itu merangkul kejuaraan adalah ketika menumpaskan beregu Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-19, 18-21, 21-15 di final Terbuka Perancis pada Oktober 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received