fbpx

Pembunuh bersiri makan daging budak gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ndlovu dikaitkan dengan lapan kes pembunuhan di Zimbabwe. - Newsflash

HARARE, Zimbabwe – Seorang pembunuh bersiri di Zimbabwe mengaku dia membunuh kanak-kanak jalanan dengan memukul kepala mereka menggunakan batu sebelum makan daging mangsa. 

Akhbar Daily Star melaporkan, suspek bernama Thandolwenkosi Ndlovu, 20, ditahan pada 4 September lalu dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya lapan kes pembunuhan di Harare, Zimbabwe.

Ndlovu berdepan lima pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh di mahkamah majistret Harare.

Suspek didakwa menyasarkan kanak-kanak gelandangan ketika mereka sedang tidur antara 28 Ogos hingga 4 September lalu.

Selepas membunuh mangsa, dia didakwa menghancurkan tengkorak mereka menggunakan batu. Lelaki itu juga dikatakan memotong anggota badan mangsa dengan kaca sebelum mengeluarkan kemaluan dan usus mereka.

Dia kemudian memasak dan memakan daging mangsa.

Jurucakap polis Zimbabwe, Asisten Komisioner Paul Nyathi mengesahkan bahawa Ndlovu dikaitkan dengan sekurang-kurangnya lima kes pembunuhan di Harare.

Dia juga disyaki terlibat dalam tiga pembunuhan lain di Bulawayo, kira-kira 450 kilometer dari Harare.

Media tempatan melaporkan bahawa pasukan penyiasat tidak menemui sebarang bukti setakat ini yang menunjukkan pembunuhan bersiri itu dilakukan untuk ilmu hitam.

Siasatan kes itu masih diteruskan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI