fbpx

Jurujual wanita maut kemalangan di persimpangan lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal milik Nur Ainun Mardhiah yang terlibat dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Bukit Payong, Marang semalam.

MARANG – Seorang jurujual wanita maut setelah motosikal Yamaha Ego Solariz dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kelisa di persimpangan lampu isyarat Bukit Payong di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.05 malam itu, mangsa, Nur Ainun Mardhiah Mohd. Zainuddin, 21, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Rawai di sini dari tempat kerjanya di pekan Bukit Payung.

“Kemalangan dikatakan berlaku apabila sebuah kereta Perodua Kelisa dipandu seorang pelajar lelaki berusia 24 tahun meneruskan perjalanan apabila lampu isyarat bertukar kuning di persimpangan itu.

“Motosikal Yamaha Ego Solariz ditunggangi mangsa dari arah Kampung Surau Haji Mat Zin gagal mengelak lalu merempuh kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, impak rempuhan itu menyebabkan Nur Ainun Mardhiah tercampak di hadapan sebuah kereta Perodua Viva yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Tambah beliau, mayat Nur Ainun Mardhiah yang meninggal dunia di lokasi kejadian telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI