fbpx

Kenyataan Ahli Parlimen Hulu Langat hina mahkamah – Ahmad Amzad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Amzad (kiri) dan Mohd. Sany

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Terengganu menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan satu penghinaan apabila mendakwa Perikatan Nasional (PN) mencalonkan semula calon yang mengamalkan rasuah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 12 Ogos lalu.

Datuk Ahmad Amzad Hashim membangkitkan isu tersebut di awal persidangan Dewan Rakyat hari ini mengikut Peraturan Mesyuarat 26 (6) yang menyatakan ahli dewan tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas ahli lain.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak Mohd. Sany agar menarik balik dakwaan tersebut.

“Ini menghina mahkamah dan menghina saya sebagai wakil rakyat. Apa yang disabitkan adalah berkaitan program kerajaan dan mahkamah dalam keputusan sama di Kuala Terengganu, di Marang telah memberi keputusan berbeza dan Ketua Pengarah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyatakan pemberian insentif kerajaan tiada unsur rasuah.

“Ini menghina saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan saya minta kenyataan itu ditarik balik,” katanya.

Susulan itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menyarankan Ahmad Amzad mengemukakan usul sama ada mengikut Peraturan Mesyuarat 36, 18 atau 17 untuk dewan putuskan perkara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI