fbpx

Perancis hentikan jualan iPhone 12 kerana radiasi berlebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perancis mengharamkan jualan iPhone 12 keluaran Apple mulai semalam. - AFP

PARIS – Agensi pengawal selia Perancis mengarahkan jualan telefon pintar iPhone 12 dihentikan pada hari yang sama Apple melancarkan model iPhone 15 di Cupertino, California, lapor laman berita Wion News hari ini.

Badan pemantau radiasi ANFR menuntut pemberhentian jualan itu dengan menyatakan bahawa telefon model tersebut mengeluarkan terlalu banyak radiasi elektromagnet.

Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Perancis, Jean-Noel Barrot memberitahu akhbar Le Parisien bahawa ANFR telah menjalankan ujian yang mendapati Kadar Penyerapan Khusus (SAR) model telefon pintar itu sedikit tinggi daripada apa yang dibenarkan undang-undang.

Badan pemerhati itu berkata, makmal bertauliah mendapati penyerapan tenaga elektromagnet adalah pada 5.74 watt sekilogram (kg) semasa ujian dijalankan iaitu apabila model tersebut dipegang atau disimpan di dalam poket.

Penyerapan khusus mengikut piawaian di Eropah ialah 4.0 watt bagi setiap satu kg dalam ujian seumpama itu.

Susuan itu, ANFR berkata, ia mengarahkan Apple untuk menarik semula penjualan iPhone 12 daripada pasaran Perancis bermula semalam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI