fbpx

Euro 2024: Maguire beri aura buat England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE masih kekal menjadi pilihan Southgate dalam skuad England biarpun kurang mendapat minit permainan bersama United. - AFP

LONDON – Pertahanan England, Conor Coady tampil mempertahankan keputusan Gareth Southgate yang menyenaraikan Harry Maguire dalam skuad The Three Lions pada kempen kelayakan Euro 2024 kali ini.

Walaupun sedar Maguire berdepan kesukaran untuk mendapatkan minit permainan bersama Manchester United, Coady yakin rakannya itu mampu menghadirkan auranya tersendiri.

“Kita semua dapat lihat perdebatan apabila senarai pasukan keluar, ada mengatakan dia (Maguire) patut ada dan ada yang anggap dia tidak wajar berada dalam pasukan.

“Anda boleh katakan yang H (Maguire) tidak kerap bermain dengan United, namun apabila hadir dalam pasukan kebangsaan, kamu dapat rasakan betapa penting kehadirannya,” katanya.

Pada saingan kelayakan Euro 2024 kali ini, England sedang berada pada landasan terbaik untuk layak ke pusingan akhir apabila mendahului pencabar lain dalam Kumpulan C dengan 13 mata.

Coady yang sudah pun memiliki 10 kaps dengan England pernah bermain bersama Maguire ketika Piala Dunia tahun lalu dan anggap bekas perahanan Leicester City itu sudah melaksanakan tugasannya dengan baik.

“Saya akan bersikap jujur, setiap kali saya bermain dengannya dam skuad England, dia sentiasa lakukan tugasnya dengan baik. Kehadirannya juga bagus untuk pemain muda yang sertai pasukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI